Friday, August 3, 2012

Ramadhan :Bulan Penuh Keberkatan Yang Dinantikan

Assalamualaikum..........

Setiap orang mempunyai pandangan tesendiri menjelangnya bulan ramadhan..ada yang gembira menantikan bulan ini dan ada juga sebaliknya terutama kaki poteng puasa atas pelbagai alasan.

Mama masih teringat kenangan masa kecil dahulu sewaktu mama tadika, darjah satu hingga darjah 4. Pada ketika itu ramadhan memang bulan yang seronok dan dinantikan...Ada beberapa sebab tersendiri.Pertama bulan ramadhan bulan terima bonus ganjaran rajin berpuasa oleh makayah. Sehari kalau berpuasa dapat upah sekian-sekian. Walaupun ganjarannya ketika itu cuma RM 0.50 sehari cukup besar bagi kami ketika itu.. Ya puasa sebab nak dapat duit raya xtra nanti..bolehlah beli barangan idaman.

Sebab kedua ...tempat mama tinggal, flat Bukit Aman Kuala Lumpur sambutan bulan puasa cukup meriah. Tiap2 malam ada jamuan makan berpuasa dengan hidangan yang menyelerakan ayam masak merah, ikan bawal dll. Lepas solat terawih pulak ada moreh. Sekeliling kawasan dibahagian tertentu dipasang pulak pelita... cantik terang benderang ...apalagi bila api pelita tersebut digunakan untuk main bungi api cap kucing...

Sebab ketiga  dapat makan macam2 juadah berbuka hasil bertukar2 juadah dengan jiran2 sebelah menyebelah... Ada 10 tingkat semuanya. Satu tingkat ada 10 pintu/keluarga. So kalau tukar dengan 5 jiran dapatlah 5 macam kuih/juadah...Itulah fikiran budak2...mama tukang hantar makanan cukup suka ketika itu

Yang akhir selepas puasa mestilah akan datang hari raya... Suka raya dapat makan rendang, ketupat dan beraya sakan dengan kawan2 rumah Agong , rumah PM (caya tak kami jalan kaki je ramai2) dan rumah jiran2 dari tingkat ke tingkat. Masa tuh rajin buat collection duit raya...

Masa dah berubah... sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang diperolehi disekolah,pusat pengajian, pembacaan,ceramah, program tv, internet dll serta pengalaman menjadikan niat@tujuan berpuasa turut berubah.

Bagi pendapat mama, ramadhan bulan yang sememangnya lain dari lain. Alhamdulilllah walaupun berpuasa tanpa makan minum namun banyak aktiviti kerohian yang dapat dibuat xtra berbanding bulan biasa. Seronok apabila dapat bangun sendiri dengan izin Allah seawal 3 pagi biarpun selalu juga tanpa terdengar pun bunyi alarm hp. Selalunya mama keletihan pada malam sebelumnya dan tido seawal 10.30 mlm dan selalu tak sempat isyak. So bangun awal bolehlah buat solat tahajud, isyak dan terawih serta witir. Lepas tuh dapatlah membaca sedikit 2/3 muka Alquran Bulan lain entahlah..bangun2 tapi taklah seawal dan bersemangat macam bulan ramadhan

Seronok dapat berbuka dan bersahur ramai2 duduk semeja dengan ayah dan keluarga. Lepas buka alhamdulillah anak2 suka sama-sama dapat solat maghrib berjemaah termasuk si kecil muhammad yg berumur 2 tahun. Lepas solat ,anak2 bergilir2 mengaji baca Iqra .

Ramadhan mengajar erti kesabaran . Bila terkadangnya terkehel perasaan marah disebabkan perkara tertentu..cepat2 beristighfar ingatkan diri sedang berpuasa. Alangkah seronoknya kalau ramadhan lebih panjang. Ramadhan bulan rezeki. Belanja kurang. Mama masak sendiri simple2 untuk berbuka dan biasanya lauk yang sama dapat dimakan untuk bersahur.. Masak nasi 2 pot pun cukup untuk makan 5/6 orang. Sesekali dapatlah bubur lambuk dari Masjid Kg Cheng . Kalau teringin rasa kuih muih mama beli RM 2 dari kedai Minah Bom - sebelah pasaraya Cowboy Cheng, Melaka.
Paling dinantikan 10 malam yang terakhir. Semoga dapat berkesempatan gandakan amal ibadat pada 10 malam tersebut dan mama berharap2 agar jangan bendera merah saat tu. Semoga bertemu dengan malam lailatulqadar. Tenang bulan ramadhan nih.. Kalau boleh tak nak rasanya ramadhan berlalu biarlah lama skit 3 bulan ke... tapi tak sama..bulan ramadhan dan bulan lain walaupun masa ganti puasa . aura lain.

Bagi mama bulan ramadhan ...yang kurang best bila tiba saat bendera merah.. rasa tak tenteram dijiwa bila tak boleh nak solat dan mengaji. Masa tuh mula terasa seronoknya kalau jadi lelaki dapat berpuasa sebulan dan solat banyak... jeles rasanya. Apapun Allah s.w.t Maha Mengetahui sebabnya.

Semoga ramadhan dan puasa kita lebih terisi untuk tambahkan ketaqwaan kita serta dapat perbaiki akhlak dan tindakan kerja kita. Semoga menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan bermanfaat kepada org2 disekeliling....amin

Wassalam

Thursday, May 10, 2012

Ibu.. Kasih Sayangmu Tiada Penghujung

Assalamualaikum...

Lama mama tak menulis dalam blog nih..bz dengan kerja promosi dan pengambilan pelajar di Kolej Unikop.. Semalam 10 Mei sambutan hari ibu... Mama terkenang pada arwah mak yang telah meninggal hampir 4 tahun yang lalu ... Rindu padanya dan seolah-olah terbayang susuk tubuh dan wajah mak..

Paling mama tak lupa kasih sayang dan ambil berat arwah Mak mama kepada anak-anaknya biarpun kami dah besar panjang dan beranak pinak.. Kebetulan mama dan anak tinggal dengan mak ayah ..dan husband jauh di PJ (Kami PJJ) ..jadi ada pada satu hari tuh mama demam..arwah mak menjenguk mama dibilik bimbingkan kesihatan mama...arwah mak siap selimutkan mama dan tak lupa ambil air tawar asam jawa yang dijeramkan ke kepala mama..dan arwah mak akan bersusah payah sediakan panadol.

Mama juga perhatikan arwah mak cukup jaga anak2 dia baik perempuan atau lelaki..kalau balik lewat skit melebihi jam 11.00 malam(lelaki) pasti dibising dan telefon manakala kami anak2 perempuan wajib balik sebelum maghrib.......

Sekarang mama pulak jadi Ibu dan mama faham betapa seorang ibu naluri kasih sayangnya kepada anaknya tiada penghujung ..menjadi seorang ibu mmg menuntut kesabaran yg tinggi ... kalau anak2 demam/sakit terasa kalau boleh sakit tuh dipindah pada diri mama..biarlah mama yg merasai kesakitan itu bukan pada anak... tapi bila fikir2 kalau mama yg sakit..siapa pulak nak jaga mereka...

Mama ..masih ingat arwah mak meninggal dunia pada 10.10.2007 ...genap pada 15hb ramadhan... masa tuh mama sedang sarat mengandung 7 bulan anak yg kedua... Mama hanya sempat 2 kali sahaja jaga dan teman mak tidur dihospital... mama tak berapa berdaya nak uruskan arwah mak yang sakit terlantar dihospital seorang diri kudrat terhad untuk angkat badan masa salinkan lampin dalam keadaan ... arwah mak yg tak berdaya utk bangun , hanya berbaring..arwah mak ada kencing manis dan kerap hipo...kekurangan gula dalam darah ... Sesekali bila terkenang semula..mama rasa terkilan sebab tak banyak dapat luangkan masa jaga mak dihospital ...Selepas arwah mak meninggal mama rasa bersalah sangat ... arwah mak pergi masa mama tengah berada dipejabat ..sebelum waktu melawat tengah hari..dan tiba giliran mama jaga petang..mama dan adik bergilir2 jaga arwah mak ambil cuti setengah hari dengan adik lelaki
dia cuti sebelah pagi ..mama sebelah petang atau sebaliknya..

Bila beberapa orang adik beradik dan ipar duai bercerita ttg mereka mimpi dan jumpa arwah mak..mama rasa sedih bila mama sendiri tak bermimpi... Mama hanya mampu sedekahkah bacaan surah yaasin, alfatehah dan doa buat arwah dan sering mengaharapkan akan bermimpi bertemu arwah mak dan alhamdulillah Allah makbulkan doa mama beberapa minggu lepas tuh mama bermimpi  arwah mak yang tersenyum tanpa bersuara dengan wajah yg tenang..Kawasan keliling rumah nampak benar2 bersih masa dalam mimpi

Mak...kasih sayangmu tiada penghujung buatku dan keluarga..Anakmu ini sentiasa rindu dan mengingati kasih sayang dan jasa2mu... hanya alfatehah, yassin dan doa kepada Yang Maha Esa yang dapat kupohon untukMu insan yang tiada gantinya didunia..Semoga kehidupanmu di alam kubur dalam keadaan tenang dan gembira..diperluaskan kuburmu,..disinari cahaya dan Semoga di akhirat nanti didalam syurga kita bertemu dan dapat kembali tautkan ikatan kasih sayang didalam kehidupan yang kekal abadi........

Alfatehah buat ibuku Jamilah Binti Samsudin

Wassalammmmmm

Thursday, January 12, 2012

Kecil2 Umur 2 Tahun Dah tahu berbakti dengan keluarga

Assalamualaikum...

Pagi tadi, sementara mama siapkan anak2 2 orang (Zikry dan Damia) untuk ke sekolah Tadika , Muhammad (Bakal Umur 2 tahun 26/1 nih) duduk kat beranda rumah dengan atuknya...Atuknya sempat ceritakan pada mama...tak sangka panjang akal si Muhammad...secara tiba-tiba ajer tanpa disuruh ...dia ambil penyapu dan sapukan sampah daun2 kering yang ada di lantai beranda dan buangkan ke dalam longkang...

Mama tersenyum dan mengiyakan ajer... sebab dah kenal peelnya begitu...sebab setiap kali kalau dalam rumah dia nampak bersepah..dia akan meluru ambil penyapu..dan nak sapu sampah tersebut sambil bagitau apa.."nak apu"...satu lagi dia pantang kalau nampak air tumpah..walaupun abangnya yang tumpahkan..dia akan meluru ke dapur ambil kain buruk atau..dia capai ajer kain yang ada kat mana2..untuk lap air tersebut....

Insyaallah Harap2... boleh berbakti tolong mama nih..bukan setakat masa kecik jer ...harap2 sampai ke besar... Mama kena sentiasa asuh dan didik anak2 dengan sabar dan tunjuk ajar yg betul.......

Wednesday, January 11, 2012

Hari Pertama Persekolahan Sekolah Rendah Nabil

Assalamualaikum...





Alhamdulillah..minggu lepas 3/1/2012.. Anak sulung mama Muhammad Nabil Akmal seperti dalam gambar di atas melangkah bergaya sebagai pelajar tahun 1 . Mama dan papanya orang paling sibuk selain Nabil sendiri yang tidak sabar2 nak ke sekolah dan bangun awal pada hari tersebut jam 4 pagi... Pada mulanya dia siap plan dan bagitau mama tak nak tidur sebab excited nak ke sekolah....

Mama doakan agar anak mama..mudah faham apa yang diajar oleh guru-gurunya dan dapat jaga tingkah laku dan diri semasa di kelas... Semoga impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor akan tercapai....

Kalau difikir2 kembali rasa macam tak percaya jer..Nabil dah darjah satu ...sakit rasa masa bersalin seakan-akan masih terasa.... Ingat Allah, Jaga diri dan hormati serta sayangi semua.........

Mama sayang Nabil, papa dan semua............

Thursday, November 24, 2011

Hutang : Amanah Untuk Membayarnya

Assalamualaikum...

Tujuan mama menulis ini bukan untuk meraih simpati tetapi sebagai peringatan untuk diri dan kepada sesiapa yang membaca tulisan mama agar faham apa yang mama sedang lalui dan usahakan  . Perkara yang bermanfaat sekiranya ada harap dapat  sama-sama jadikan pengajaran dan terus amalkan dan sebaliknya bab kelemahan tuh ..terutama tentang berhutang ini..elok benar kita tinggalkan.. 

Ramai yang berhutang (termasuk saya) samaada dengan individu , keluarga atau institusi perbankan /pemberi hutang . Ada banyak sebab kenapa kita terjebak dengan hutang samaada berdasarkan keperluan terhadap sesuatu dengan segera dan kita tidak boleh /tiada wang tunai yang cukup buat masa itu untuk belian/bayaran tunai atau mungkin juga kita terjebak dengan penipuan/kebodohan diri sendiri atau apa sahaja yang menyebabkan kita perlu bayar balik kepada pihak yang lain.


Hakikatnya hutang adalah wajib dibayar . Ianya satu tanggungjawab/amanah yang besar .


Dalam Islam jelas ditunjukkan bahaya berhutang sebagaimana


Sabda Nabi Muhammad SAW  :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين 

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 

Perkara inilah yang membuatkan saya amat takut sekali . Takut andai kata bila tidak dapat  melihat dunia ini  lagi dan dicabut nyawanya , saya masih tidak selesai melangsaikan hutang2 saya. Saya terlibat dengan hutang secara tidak sengajakan dengan jumlah yang agak besar kerana KESILAPAN diri sendiri  .Saya sedang dalam proses berterusan .berusaha .membayar hutang-hutang sedikit demi sedikit dengan pihak tertentu , berusaha memperolehi pendapatan sampingan dan berusaha dengan bantuan Allah s.w.t semoga dipermudahkan kepada saya untuk membayar semua hutang piutang dengan segera serta dikurniakan rezeki yang halal dan berkat . Saya sememangnya berniat untuk membayar semula semua hutang2 saya dengan kadar segera. Bagi saya biarlah hidup serba sederhana tidak semewah mana cukup makan , pakai tempat tinggal dan ada kenderaan  kecil pun takpe untuk kegunaan diri dan anak2 pergi sekolah serta mencari rezeki  yang penting saya dapat membayar semua hutang-hutang saya dan saya tidak berhutang dengan sesiapa pun  dari segi wang . Saya mohon ampun dan maaf kepada mereka yang saya ada berhutang sekiranya hutang anda tidak dibayar lagi.. saya mohon tempoh lagi...sehingga bila..saya tak pasti..tetapi yang pasti giliran anda akan tiba jua...ada beberapa orang yang saya telah langsaikan hutang dengannya dan saya sambung dengan orang lain pula ...satu persatu. Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku .  Berhutang pada perkara yang bukan anda gunakan untuk kepentingan diri sendiri/keluarga tetapi akibat ditipu /terpengarah dengan orang lain sememangnya benar2 dugaan yang hebat . Fikiran terganggu , kerja  dan keluarga terganggu , dicemuh/salah faham , keluarga dan kawan baik lari dan macam-macam lagi tekanan yang dihadapi.  Kering sudah air mata dibuatnya . Seandainya diri ini tidak kuat dan tidak mendapat pertolongan dari Allah entah apa yang akan terjadi ...mungkin dah tidak ada lagi didunia ini . Syukur pada Allah s.w.t kerana masih sayangkan saya dan telah memberikan saya kekuatan untuk bangkit semula menghadapi realiti kehidupan , menyedarkan saya supaya laksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai hambanya dan menjadi pelajaran yang berguna agar BERHATI-HATI dengan tipudaya manusia dan manusia dan elakkan diri daripada BERHUTANG/membuat pinjaman/MEMBELI sesuatu dengan cara hutang menggunakan kad kredit dll. Allah Maha Tahu yang saya teraniya dan saya bukan manusia yang sengaja lari dari membayar hutang...

Daripada pengalaman diri sendiri yang berlaku beberapa pengajaran yang boleh dikongsikan bersama:

1. Allah Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan KepadaNya satu-satu untuk kita mengadu meminta pertolongan. Allah Maha Mendengar ..mengadulah kepadaNya apabila hati menjadi tidak tenteram, apabila ditimpa kesusahan . Ingatilah padaNya sentiasa...CINTAilah Allah s.w.t melebihi dari segala-galanya di dunia ini ..Insyaallah Allah akan balas rasa CINTA itu dengan ketenangan dan kekuatan yang sukar untuk ditafsirkan dengan perkataan ... Tunduklah dan sujudlah menyerahkan diri kepadanya dengan penuh rasa rendah diri dan Insaf sebagai seorang hamba .Alangkah nikmatnya bila setiap kali bertemu dan seolah2 bercakap2 dengan Allah selepas waktu solat. Bila sehari tidak dapat bertemu dengannya (uzur syarie) terasa seolah-olah satu kehilangan yang amat besar dalam diri sebab tuh ..dengan membaca tafsir Al-Quran atau hadis Nabi dapat sedikit sebanyak sejukkan hati walaupun tidak sama dengan Solat. 

2. SABAR dan berfikiran jauh dan rasional perlu .Setiap perkara berlaku ada sebabnya..setiap kerosakan /kelemahan berlaku kerana tangan/perbuatan manusia itu sendiri dan saya memang mengakuinya..akui KEBODOHAN dan KEALPAAN diri sendiri... Kalau kita berjaya menghadapi musibah yang Allah berikan pada kita....Insyaallah selepas itu masalah/halangan lain yang datang yg kecil dapat kita tangani walaupun pada pandangan orang lain ianya sukar.  Apabila ditimpa musibah ..kesabaran dan keimanan kita akan teruji.

3.  Elok untuk di amalkan selalu doa dibawah  ini :
 
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
 
Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW ada bersabda

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
 
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Aduh.... betapa bahayanya penyakit hutang ini ...Ya Allah semoga hambamu Ini dikurniakan rezeki yang halal dan berkat yang dapat menghapuskan segera hutang2 ku kerana aku tidak ingin jadi orang yang berdusta dan memungkiri janji..aku tidak sanggup menjadi ahli nerakamu  ya Allah...

Insyaallah dengan mengamalkan doa ini secara tetap/berterusan/istiqamah ... kita dapat kekuatan diri

4.Ayat Al-Quran dari Surah Al Imran ayat 26 dan 27 elok kita amalkan selepas tiap2 solat :
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5. Jadikan amalan setiap hari setiap pagi antara jam 8.00pagi -12.00 tengah hari untuk solat sunat dhuha ( 2 rakaat)  yang memberi manfaat dengan melapangkan dada, memudahkan urusan didunia dengan memberikan petunjuk jalan penyelesaian terbaik dan Allah s.w.t beri rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka....

6. Alhamdulillah , walau dalam keadaan diri masih berhutang , zakat pendapatan bulanan dapat juga mama bayar secara potongan bulanan melalui cimbclicks. Kesedaran ini timbul apabila mama terbaca artikel dari blog rasmi lembaga zakat Selangor di http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89 yang ada menyebut bahawa
Imam As-Syafie menyatakan: “Sesungguhnya hutang tidak menghalangi kewajipan untuk mengeluarkan zakat.” Maknanya, hutang yang dibuat oleh seseorang itu tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan zakat, selagi mana kekayaan yang dikuasainya itu sendiri mencukupi nisabnya. Maknanya, hutang yang dibuat oleh seseorang itu tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan zakat, selagi mana kekayaan yang dikuasainya itu sendiri mencukupi nisabnya.
Syukur alhamdulillah bila dapat tunaikan zakat , Allah permudahkan dan didik hati untuk lebih berazam untuk dapat rezeki yang lebih lagi agar dapat segera bayar hutang , agar dapat memberi sedekah kepada keluarga/jiran/kenalan yang memerlukan.. secara tetap setiap bulan...  Zakat ini manfaatnya dapat bersihkan jiwa dan harta...tenang biarpun dalam kesusahan..dan senyum jer biarpun dalam tangisan.

7.  Diri terasa nak segera bayar hutang puasa (alhamdulillah seawal bulan Syawal dah ganti tak macam dulu2 tunggu bulan rejab atau syaaban sebelum tibanya ramadhan baru sibuk2 nak ganti)  . Disamping tuh seronok juga dapat amalkan puasa setiap bulan sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Dalil puasa 3 hari sebulan ini ada disebutkan dalam  Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Puasa dapat didik diri menahan mata, tangan, lidah, hati dari terus hanyut dengan godaan jin dan syaitan dan dapat cegah dari membuat perkara-perkara mungkar. Disamping tuh dapat juga jimatkan kos belanja makan dan dapat jaga perut. Dari situlah dapat kumpulkan sikit2 duit untuk perbelanjaan harian atau simpanan kecemasan walau sebulan RM30 ...dan berkat tabungan duit baki belanja dapur dan makan tengah hari ...walau 10sen/20sen/50 sen benar2 membantu dari BERHUTANG atau terpaksa pinjam orang bila tiba-tiba anak sakit /ditimpa kecemasan , bila tiba2 tayar pancit, kenderaan rosak , ada bencana/keraian anak lahir/kematian  dikalangan keluarga/kawan ...bolehlah hulur sikit2 sumbangan .

Semoga Allah s.w.t memberi pengampunan dan RahmatNya buat diri saya dan keluarga serta anda pembaca blog ini..

Wassalam

Monday, November 21, 2011

Kenangan Indah : Usia 6 tahun terlibat pertandingan nyanyian

Assalamualaikum..

Masih dapat mama ingat lagi masa umur  6 tahun ..mama pernah masuk pertandingan nyanyian sempena hari polis di Bukit Aman . Mama dapat ke 3. Lagu yang mama nyanyikan tuh bertajuk Boneka..kakak yang ajar. Ingat lagi..dapat hadiah sebalang gula-gula. Sekarang ni mama perhatikan anak dara mama yg seorang tuh. (Fatin NurDamia) mula ikut jejak langkah mamanya ni...kadangkala bernyanyi sendiri..dan bila dengar lagu di TV/radia dia akan goyang2kan badan sambil mulut ikut menyanyi entah apa entah..

Lirik Lagu Boneka

Inilah kupunya boneka
hadiah dari ibundaku
marilah kawanku semua
melihat boneka sungguh ayu........

matanya bulat bak mutiara
rambutnya yang hitam warnanya
bibirnya merah bunga mawar
inilah bonekaku yang punya

korus : akan ku jaga dan ku dodoikan setiap hari
kuberikan pakaian cantik dan berseri
akan kubawa dia ke sana dan kubawa dia kesini
tak peduli..........

pabila waktu malam tiba
hidungnya dekatku bersama
berjumpa pada esok pula
inilah boneka ku yang punya...................

Oh...alhamdulillah..tak disangka..lirik yang pernah mama nyanyikan masa kecik2 dulu lebih 30 tahun yang lalu masih kekal dalam ingatan...inilah penangan sebuah lagu dalam kehidupan......

wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Wang Sumbangan Kerajaan RM 100 Bagi Setiap Pelajar Sekolah

Assalamualaikum..

Dalam minggu nih mama tengok banyak kereta diletakkan dibahu jalan berhampiran dengan sekolah...oo rupa-rupanya wang sumbangan dari kerajaan berjumlah RM 100 telah mula diagih-agihkan ... Untuk mama tahun depan baru dapat..sebab Nabil darjah satu...

Mama tanya Nabil..nanti kalau dapat duit RM 100 tuh nak beli apa?
Dia jawab..nak simpan..nak cukupkan untuk bawa mama, papa, nenek , datuk pergi tunaikan Haji nanti..

Insyaallah...perbelanjaan persekolahan Nabil ..papanya memang dah buat sikit simpanan... nampak gaya tahun depan memang kena keluar lebih sikit...maklumlah...kat sekolah rendah takde lagi macam kat tadik..sekolah makan...kena bagi dan ajar cara nak belanja duit sekolah.... Mama dah pesan kat Nabil. Insyaallah tahun depan bawa bekal jer... duit sekolah kalau mama bagi separuh masukkan dulu dalam tabung separuh lagi boleh bawa sekolah kot2 nak belanja /teringin nak apa2.. tak pasti camner..

Bersemengat sungguh Nabil bila mama ceritakan tentang Mekah dan Haji selepas dia bertanya pada mama tentang gambar kaabah yang ada kat rumah..kebetulan...gambar kaabah sedang ditayangkan di televisyen.

Malam tadi lepas tengok rancangan "30 Minit Bersama Ustad Don" di TV Al Hijrah saluran astro 114, ada disiarkan 3 buah Masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam , Masjidil Haram , Masjid Nabawi dan Masjid Aksa' ...Nabil terpegun bila lihat ramai orang yang sedang mengelilingi kaabah...semangatnya nampak makin membara..

Dalam hati mama memang selalu berkata dan berazam

" Aku ingin sangat menjadi tetamu Allah di Mekah ...dan mengelilingi kaabah disamping suami tercinta, anak2,ayah , ibu mertua dan insan2 tersayang... apapun hambamu ini sedar.Ya Allah...aku perlu selesaikan dahulu semua hutang dunia ..dengan manusia..dengan bank sebelum dapat melangkah ke sana...Semoga hajatku dimakbulkan segera... Hanya engkau Ya Allah yang Maha Mengetahui segalanya... Semoga harta yang kuperolehi adalah harta dan rezeki yang halal lagi diberkati... amin"

Wassalam