Monday, October 17, 2011

Fungsi Pelbagai... Penyapu

Assalamualaikum.....

Semalam (17/10) Mama sambung cuti...masih belum sembuh sepenuhnya...badan lemah sebab 5 hari tak lalu nak makan ...alhamdulillah...akhirnya sup sayur sawi yang ditumis dengan bawang putih dan halia menjadi pembuka selera...dapatlah habiskan makan sesenduk nasi....

Bab penyapu nih...Mama nak bercerita tentang sikecil Muhammad yg umur setahun lebih tuh... dia mmg pantang kalau ada air dalam peti sejuk..pandai ajer dier nak buka dan minum atau kalau tak boleh..dia akan minta kita bukakan..

Petang semalam..kakaknya Damia bersuara...nak air...jadi dia apa lagi.dia jadi tukang sibuk....jenguk dalam peti sejuk...tengok...takde. ..tiba2 mama nampak dia ambil penyapu... ingatkan nak sapu apa...tup2 dia masukkan bawah kerusi panjang ruang tamu...dan kemudian sambil senyum bawa sebotol sirap (yang disimpan dalam bekas minuman 100plus)..Panjang akal dan kuat ingatan rupa-rupanya dia...anak-anak

No comments:

Post a Comment