Tuesday, November 8, 2011

Ingatan Buat IbuBapa : Hargailah Anak Sebagai Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum..

Mama sedih sangat-sangat bila baca disurat khabar/internet atau tengok TV tentang bayi-bayi tidak berdosa yang dibuang merata-rata dan sanggup hendak dihapuskan nyawanya oleh ibu/bapanya sendiri semata-mata kerana malu dengan orang sekeliling atas dosa yang mereka lakukan..

Percayalah ..pada setiap anak-anak itu ada rezeki yang tersendiri ..dan ini apa yang mama alami/rasanya. Kalau nak diikutkan gaji mama dan husband memang tidak banyak yang berubah .. alhamdulillah dengan gaji yang ada inilah digunakan untuk perbelanjaan..daripada hidup berdua suami isteri sehingga dah beranak 4...dan syukur sangat2 walaupun tidak mewah tapi cukup untuk makan pakai..cukup untuk memberi duit poket bulanan pada ayah, sempat untuk menabung sedikit untuk masa depan, berkesempatan untuk bersedekah dan membayar zakat pendapatan bulanan dll.. Alhamdulillah..

Yang utama..untuk dapatkan rezeki yang halal lagi diberkati..niat kena betul..ikhlas dan pekerjaan pun kena betul jalannya..disamping itu sudah pasti... jalan untuk mendapatkan rezeki halal Allah dengan cara sujud kepadanya tanpa tinggalkan yang wajib, buat solat sunat dhuha, amalan membaca tiap2 pagi surah Al-Waqiah , amalkan ayat seribu dinat disamping laksanakan tanggungjawab sebagai manusia bayar hutang , berkomunikasi dengan keluarga, rakan, jiran dll yang menjadi amalan baik yang diajarkan dalam agama perlu buat...

Anak-anak akan jadi apa yang ibu/bapanya/penjaga didik/jaga...semuanya bermula di rumah.. Namun andai kata ada yg tergolong dalam ibubapa yang tercuai/terleka/dosa dunia... maka hentikanlah... mohon ampun dan maaf pada yang Esa...sesungguhnya Allah Maha pengasih dan Maha Penyayang...Maha Pengampun..dan memberi hidayah kepada mereka yang bertaubat... Didik dan pimpinlah anak2..bukankah telah dijanjikan sebagaimana yg disebut dalam hadis Rasullullah s.a.w yg berbunyi :

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

so... ibubapa...tanggungjawab dan amanah dari Allah kepada kita untuk mendidik dan menunjukkan contoh amalan yg baik kepada anak2 kita..Jika baik cara didikan dan amalannya Insyaallah solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:

"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".


Jom sama-sama kita bertaubat dengan Ikhlas kepada Allah... tinggalkan apa yg dilarang...buat apa yg disuruh...mohon maaf pada keluarga/sesiapa shj yg telah kita susahkan/kecewakan...mulakan hidup baru..didik anak2 dengan kasih syg...dan pendidikan agama sebagai benteng hidup... ajar berdoa dll..dan ingatkan supaya sentiasa doakan kita....semoga apabila anak-anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah mereka akan sentiasa mendoakan kita orang tuanya setelah  meninggal dunia kelak . Bertambahlah pahala ibubapanya  tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.


Ingat biarpun siapapun kita sebelumnya..yang lepas biarkan lepas..Bertaubatlah...sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Disebutkan dalam ayat Alquran surah An-Nisaa' ayat (17 dan 18) seperti berikut :

إِنَّمَا التَّوۡبَةُ عَلَي اللّهِ لِلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوۡلَئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيۡهِمۡ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً (17)
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَلَيۡسَتِ التَّوۡبَةُ لِلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّي إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الۡمَوۡتُ قَالَ إِنِّي تُبۡتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمۡ كُفَّارٌ أُوۡلَئِكَ أَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (18)
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Jelas menunjukkan bahawa jika kita sempat bertaubat  dengan ikhlas sebelum meninggal dunia ketika bukan dalam keadaan nazak/hampir mati...Allah menerima taubat tersebut..sebaliknya..jika kita terus engkar..dan berbuat dosa...sehingga maut sampai nerakalah tempat kita...

Jika dilihat apa yang sebenarnya berlaku,  ramai yang seakan terlupa dan terleka mengenai Rukun Iman yang ke 5 iaitu PERCAYA PADA HARI KIAMAT ... disebabkan itu mereka jadi tidak risau janji Allah tentang hari pembalasan  ..seolah .tiada beza dosa dan pahala ...tiada beza syurga dan neraka...bangkitlah para ibu..para bapa..sedarlah dari mimpi duniawi ..

Sesungguhnya rezeki adalah rahsia Allah..yg penting kita berusaha mencarinya... anak2 mama 3 lelaki , 1 perempuan... Alhamdulillah.. walau tidak kerap membeli baju baru anak2 kecuali time raya atau masa tertentu jer... namun rezeki baju tetap ada.. baju adik beradik pakai turun temurun sampai yg bongsu , sedekah keluarga bg, kawan2 bg dan selepas tuh boleh pulak sedekah pulak yg masih elok dipakai pada kawan2/keluarga2 bila anak2 dah besar...

so ..hargai anak2 sebagai rezeki dari Allah.. buat mereka yang belum dikurniakan anak ...terus doa dan usaha.. ada sebab musabab disebalik apa yg berlaku..sebelum tuh cuba semak balik ..muhasabah diri .... sesungguhnya jelas dibuktikan dan disebutkan dalam Al-Quran melalui firman Allah yang berbunyi

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [surah al-Ankabut: 2-3]

Jelas menunjukkan ujian  Allah belum memiliki zuriat itu adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba.

Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu..dan menjadikan kita hamba yang beriman dan bertaqwa serta mendapat rahmat dan kebahgiaan dunia dan akhirat.......

No comments:

Post a Comment