Thursday, November 24, 2011

Hutang : Amanah Untuk Membayarnya

Assalamualaikum...

Tujuan mama menulis ini bukan untuk meraih simpati tetapi sebagai peringatan untuk diri dan kepada sesiapa yang membaca tulisan mama agar faham apa yang mama sedang lalui dan usahakan  . Perkara yang bermanfaat sekiranya ada harap dapat  sama-sama jadikan pengajaran dan terus amalkan dan sebaliknya bab kelemahan tuh ..terutama tentang berhutang ini..elok benar kita tinggalkan.. 

Ramai yang berhutang (termasuk saya) samaada dengan individu , keluarga atau institusi perbankan /pemberi hutang . Ada banyak sebab kenapa kita terjebak dengan hutang samaada berdasarkan keperluan terhadap sesuatu dengan segera dan kita tidak boleh /tiada wang tunai yang cukup buat masa itu untuk belian/bayaran tunai atau mungkin juga kita terjebak dengan penipuan/kebodohan diri sendiri atau apa sahaja yang menyebabkan kita perlu bayar balik kepada pihak yang lain.


Hakikatnya hutang adalah wajib dibayar . Ianya satu tanggungjawab/amanah yang besar .


Dalam Islam jelas ditunjukkan bahaya berhutang sebagaimana


Sabda Nabi Muhammad SAW  :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين 

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 

Perkara inilah yang membuatkan saya amat takut sekali . Takut andai kata bila tidak dapat  melihat dunia ini  lagi dan dicabut nyawanya , saya masih tidak selesai melangsaikan hutang2 saya. Saya terlibat dengan hutang secara tidak sengajakan dengan jumlah yang agak besar kerana KESILAPAN diri sendiri  .Saya sedang dalam proses berterusan .berusaha .membayar hutang-hutang sedikit demi sedikit dengan pihak tertentu , berusaha memperolehi pendapatan sampingan dan berusaha dengan bantuan Allah s.w.t semoga dipermudahkan kepada saya untuk membayar semua hutang piutang dengan segera serta dikurniakan rezeki yang halal dan berkat . Saya sememangnya berniat untuk membayar semula semua hutang2 saya dengan kadar segera. Bagi saya biarlah hidup serba sederhana tidak semewah mana cukup makan , pakai tempat tinggal dan ada kenderaan  kecil pun takpe untuk kegunaan diri dan anak2 pergi sekolah serta mencari rezeki  yang penting saya dapat membayar semua hutang-hutang saya dan saya tidak berhutang dengan sesiapa pun  dari segi wang . Saya mohon ampun dan maaf kepada mereka yang saya ada berhutang sekiranya hutang anda tidak dibayar lagi.. saya mohon tempoh lagi...sehingga bila..saya tak pasti..tetapi yang pasti giliran anda akan tiba jua...ada beberapa orang yang saya telah langsaikan hutang dengannya dan saya sambung dengan orang lain pula ...satu persatu. Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku .  Berhutang pada perkara yang bukan anda gunakan untuk kepentingan diri sendiri/keluarga tetapi akibat ditipu /terpengarah dengan orang lain sememangnya benar2 dugaan yang hebat . Fikiran terganggu , kerja  dan keluarga terganggu , dicemuh/salah faham , keluarga dan kawan baik lari dan macam-macam lagi tekanan yang dihadapi.  Kering sudah air mata dibuatnya . Seandainya diri ini tidak kuat dan tidak mendapat pertolongan dari Allah entah apa yang akan terjadi ...mungkin dah tidak ada lagi didunia ini . Syukur pada Allah s.w.t kerana masih sayangkan saya dan telah memberikan saya kekuatan untuk bangkit semula menghadapi realiti kehidupan , menyedarkan saya supaya laksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai hambanya dan menjadi pelajaran yang berguna agar BERHATI-HATI dengan tipudaya manusia dan manusia dan elakkan diri daripada BERHUTANG/membuat pinjaman/MEMBELI sesuatu dengan cara hutang menggunakan kad kredit dll. Allah Maha Tahu yang saya teraniya dan saya bukan manusia yang sengaja lari dari membayar hutang...

Daripada pengalaman diri sendiri yang berlaku beberapa pengajaran yang boleh dikongsikan bersama:

1. Allah Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan KepadaNya satu-satu untuk kita mengadu meminta pertolongan. Allah Maha Mendengar ..mengadulah kepadaNya apabila hati menjadi tidak tenteram, apabila ditimpa kesusahan . Ingatilah padaNya sentiasa...CINTAilah Allah s.w.t melebihi dari segala-galanya di dunia ini ..Insyaallah Allah akan balas rasa CINTA itu dengan ketenangan dan kekuatan yang sukar untuk ditafsirkan dengan perkataan ... Tunduklah dan sujudlah menyerahkan diri kepadanya dengan penuh rasa rendah diri dan Insaf sebagai seorang hamba .Alangkah nikmatnya bila setiap kali bertemu dan seolah2 bercakap2 dengan Allah selepas waktu solat. Bila sehari tidak dapat bertemu dengannya (uzur syarie) terasa seolah-olah satu kehilangan yang amat besar dalam diri sebab tuh ..dengan membaca tafsir Al-Quran atau hadis Nabi dapat sedikit sebanyak sejukkan hati walaupun tidak sama dengan Solat. 

2. SABAR dan berfikiran jauh dan rasional perlu .Setiap perkara berlaku ada sebabnya..setiap kerosakan /kelemahan berlaku kerana tangan/perbuatan manusia itu sendiri dan saya memang mengakuinya..akui KEBODOHAN dan KEALPAAN diri sendiri... Kalau kita berjaya menghadapi musibah yang Allah berikan pada kita....Insyaallah selepas itu masalah/halangan lain yang datang yg kecil dapat kita tangani walaupun pada pandangan orang lain ianya sukar.  Apabila ditimpa musibah ..kesabaran dan keimanan kita akan teruji.

3.  Elok untuk di amalkan selalu doa dibawah  ini :
 
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
 
Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah SAW ada bersabda

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
 
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Aduh.... betapa bahayanya penyakit hutang ini ...Ya Allah semoga hambamu Ini dikurniakan rezeki yang halal dan berkat yang dapat menghapuskan segera hutang2 ku kerana aku tidak ingin jadi orang yang berdusta dan memungkiri janji..aku tidak sanggup menjadi ahli nerakamu  ya Allah...

Insyaallah dengan mengamalkan doa ini secara tetap/berterusan/istiqamah ... kita dapat kekuatan diri

4.Ayat Al-Quran dari Surah Al Imran ayat 26 dan 27 elok kita amalkan selepas tiap2 solat :
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5. Jadikan amalan setiap hari setiap pagi antara jam 8.00pagi -12.00 tengah hari untuk solat sunat dhuha ( 2 rakaat)  yang memberi manfaat dengan melapangkan dada, memudahkan urusan didunia dengan memberikan petunjuk jalan penyelesaian terbaik dan Allah s.w.t beri rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka....

6. Alhamdulillah , walau dalam keadaan diri masih berhutang , zakat pendapatan bulanan dapat juga mama bayar secara potongan bulanan melalui cimbclicks. Kesedaran ini timbul apabila mama terbaca artikel dari blog rasmi lembaga zakat Selangor di http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89 yang ada menyebut bahawa
Imam As-Syafie menyatakan: “Sesungguhnya hutang tidak menghalangi kewajipan untuk mengeluarkan zakat.” Maknanya, hutang yang dibuat oleh seseorang itu tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan zakat, selagi mana kekayaan yang dikuasainya itu sendiri mencukupi nisabnya. Maknanya, hutang yang dibuat oleh seseorang itu tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan zakat, selagi mana kekayaan yang dikuasainya itu sendiri mencukupi nisabnya.
Syukur alhamdulillah bila dapat tunaikan zakat , Allah permudahkan dan didik hati untuk lebih berazam untuk dapat rezeki yang lebih lagi agar dapat segera bayar hutang , agar dapat memberi sedekah kepada keluarga/jiran/kenalan yang memerlukan.. secara tetap setiap bulan...  Zakat ini manfaatnya dapat bersihkan jiwa dan harta...tenang biarpun dalam kesusahan..dan senyum jer biarpun dalam tangisan.

7.  Diri terasa nak segera bayar hutang puasa (alhamdulillah seawal bulan Syawal dah ganti tak macam dulu2 tunggu bulan rejab atau syaaban sebelum tibanya ramadhan baru sibuk2 nak ganti)  . Disamping tuh seronok juga dapat amalkan puasa setiap bulan sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Dalil puasa 3 hari sebulan ini ada disebutkan dalam  Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Puasa dapat didik diri menahan mata, tangan, lidah, hati dari terus hanyut dengan godaan jin dan syaitan dan dapat cegah dari membuat perkara-perkara mungkar. Disamping tuh dapat juga jimatkan kos belanja makan dan dapat jaga perut. Dari situlah dapat kumpulkan sikit2 duit untuk perbelanjaan harian atau simpanan kecemasan walau sebulan RM30 ...dan berkat tabungan duit baki belanja dapur dan makan tengah hari ...walau 10sen/20sen/50 sen benar2 membantu dari BERHUTANG atau terpaksa pinjam orang bila tiba-tiba anak sakit /ditimpa kecemasan , bila tiba2 tayar pancit, kenderaan rosak , ada bencana/keraian anak lahir/kematian  dikalangan keluarga/kawan ...bolehlah hulur sikit2 sumbangan .

Semoga Allah s.w.t memberi pengampunan dan RahmatNya buat diri saya dan keluarga serta anda pembaca blog ini..

Wassalam

1 comment:

  1. Ucapan Selamat !!! itu semua tentang berbagi cinta!
    itu sebabnya kami berdedikasi untuk menyediakan pembiayaan yang sesuai tim you.Our disetujui 80% * dari semua aplikasi kredit usaha dan cerukan setiap tahun dari bulan yang sangat indah dari Feburary, ini hanyalah sebuah cara untuk menghargai pemohon pinjaman sebelumnya kami Semua Valentine Day penawaran khusus, dengan sukacita dalam hati kita, kebanggaan kita hanya bekerja sama dengan masing-masing perusahaan menawarkan harga terbaik mungkin dan istilah pada menakjubkan (1%) Valentine $ penawaran khusus $ untuk semua pemohon pinjaman, karena kami mencintaimu terlepas dari Anda keadaan.
    Bulan ini kami juga akan membantu Anda untuk membiayai aset bisnis penting, modal yang besar.
    Kami menurunkan suku bunga kita dengan 1% pada semua pinjaman bisnis yang disetujui, hipotek komersial dan sewa beli paket Valentine khusus ini cenderung untuk memenuhi kebutuhan Anda terlepas dari kelas Anda.
    CATATAN:
    Pendaftaran dibuka 1-14 dari Feburary berada di bawah kasih karunia kita (Valentine khusus) yang ditawarkan, untuk mendapatkan akses ke semua informasi yang perlu Anda ketahui.
    KONTAK: Adamchairmanloancompany@gmail.com
    Wc25380@Gmail.com
    Kami menawarkan layanan berkualitas tinggi.

    ReplyDelete