Wednesday, November 16, 2011

Wang Sumbangan Kerajaan RM 100 Bagi Setiap Pelajar Sekolah

Assalamualaikum..

Dalam minggu nih mama tengok banyak kereta diletakkan dibahu jalan berhampiran dengan sekolah...oo rupa-rupanya wang sumbangan dari kerajaan berjumlah RM 100 telah mula diagih-agihkan ... Untuk mama tahun depan baru dapat..sebab Nabil darjah satu...

Mama tanya Nabil..nanti kalau dapat duit RM 100 tuh nak beli apa?
Dia jawab..nak simpan..nak cukupkan untuk bawa mama, papa, nenek , datuk pergi tunaikan Haji nanti..

Insyaallah...perbelanjaan persekolahan Nabil ..papanya memang dah buat sikit simpanan... nampak gaya tahun depan memang kena keluar lebih sikit...maklumlah...kat sekolah rendah takde lagi macam kat tadik..sekolah makan...kena bagi dan ajar cara nak belanja duit sekolah.... Mama dah pesan kat Nabil. Insyaallah tahun depan bawa bekal jer... duit sekolah kalau mama bagi separuh masukkan dulu dalam tabung separuh lagi boleh bawa sekolah kot2 nak belanja /teringin nak apa2.. tak pasti camner..

Bersemengat sungguh Nabil bila mama ceritakan tentang Mekah dan Haji selepas dia bertanya pada mama tentang gambar kaabah yang ada kat rumah..kebetulan...gambar kaabah sedang ditayangkan di televisyen.

Malam tadi lepas tengok rancangan "30 Minit Bersama Ustad Don" di TV Al Hijrah saluran astro 114, ada disiarkan 3 buah Masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam , Masjidil Haram , Masjid Nabawi dan Masjid Aksa' ...Nabil terpegun bila lihat ramai orang yang sedang mengelilingi kaabah...semangatnya nampak makin membara..

Dalam hati mama memang selalu berkata dan berazam

" Aku ingin sangat menjadi tetamu Allah di Mekah ...dan mengelilingi kaabah disamping suami tercinta, anak2,ayah , ibu mertua dan insan2 tersayang... apapun hambamu ini sedar.Ya Allah...aku perlu selesaikan dahulu semua hutang dunia ..dengan manusia..dengan bank sebelum dapat melangkah ke sana...Semoga hajatku dimakbulkan segera... Hanya engkau Ya Allah yang Maha Mengetahui segalanya... Semoga harta yang kuperolehi adalah harta dan rezeki yang halal lagi diberkati... amin"

Wassalam

No comments:

Post a Comment