Friday, August 3, 2012

Ramadhan :Bulan Penuh Keberkatan Yang Dinantikan

Assalamualaikum..........

Setiap orang mempunyai pandangan tesendiri menjelangnya bulan ramadhan..ada yang gembira menantikan bulan ini dan ada juga sebaliknya terutama kaki poteng puasa atas pelbagai alasan.

Mama masih teringat kenangan masa kecil dahulu sewaktu mama tadika, darjah satu hingga darjah 4. Pada ketika itu ramadhan memang bulan yang seronok dan dinantikan...Ada beberapa sebab tersendiri.Pertama bulan ramadhan bulan terima bonus ganjaran rajin berpuasa oleh makayah. Sehari kalau berpuasa dapat upah sekian-sekian. Walaupun ganjarannya ketika itu cuma RM 0.50 sehari cukup besar bagi kami ketika itu.. Ya puasa sebab nak dapat duit raya xtra nanti..bolehlah beli barangan idaman.

Sebab kedua ...tempat mama tinggal, flat Bukit Aman Kuala Lumpur sambutan bulan puasa cukup meriah. Tiap2 malam ada jamuan makan berpuasa dengan hidangan yang menyelerakan ayam masak merah, ikan bawal dll. Lepas solat terawih pulak ada moreh. Sekeliling kawasan dibahagian tertentu dipasang pulak pelita... cantik terang benderang ...apalagi bila api pelita tersebut digunakan untuk main bungi api cap kucing...

Sebab ketiga  dapat makan macam2 juadah berbuka hasil bertukar2 juadah dengan jiran2 sebelah menyebelah... Ada 10 tingkat semuanya. Satu tingkat ada 10 pintu/keluarga. So kalau tukar dengan 5 jiran dapatlah 5 macam kuih/juadah...Itulah fikiran budak2...mama tukang hantar makanan cukup suka ketika itu

Yang akhir selepas puasa mestilah akan datang hari raya... Suka raya dapat makan rendang, ketupat dan beraya sakan dengan kawan2 rumah Agong , rumah PM (caya tak kami jalan kaki je ramai2) dan rumah jiran2 dari tingkat ke tingkat. Masa tuh rajin buat collection duit raya...

Masa dah berubah... sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang diperolehi disekolah,pusat pengajian, pembacaan,ceramah, program tv, internet dll serta pengalaman menjadikan niat@tujuan berpuasa turut berubah.

Bagi pendapat mama, ramadhan bulan yang sememangnya lain dari lain. Alhamdulilllah walaupun berpuasa tanpa makan minum namun banyak aktiviti kerohian yang dapat dibuat xtra berbanding bulan biasa. Seronok apabila dapat bangun sendiri dengan izin Allah seawal 3 pagi biarpun selalu juga tanpa terdengar pun bunyi alarm hp. Selalunya mama keletihan pada malam sebelumnya dan tido seawal 10.30 mlm dan selalu tak sempat isyak. So bangun awal bolehlah buat solat tahajud, isyak dan terawih serta witir. Lepas tuh dapatlah membaca sedikit 2/3 muka Alquran Bulan lain entahlah..bangun2 tapi taklah seawal dan bersemangat macam bulan ramadhan

Seronok dapat berbuka dan bersahur ramai2 duduk semeja dengan ayah dan keluarga. Lepas buka alhamdulillah anak2 suka sama-sama dapat solat maghrib berjemaah termasuk si kecil muhammad yg berumur 2 tahun. Lepas solat ,anak2 bergilir2 mengaji baca Iqra .

Ramadhan mengajar erti kesabaran . Bila terkadangnya terkehel perasaan marah disebabkan perkara tertentu..cepat2 beristighfar ingatkan diri sedang berpuasa. Alangkah seronoknya kalau ramadhan lebih panjang. Ramadhan bulan rezeki. Belanja kurang. Mama masak sendiri simple2 untuk berbuka dan biasanya lauk yang sama dapat dimakan untuk bersahur.. Masak nasi 2 pot pun cukup untuk makan 5/6 orang. Sesekali dapatlah bubur lambuk dari Masjid Kg Cheng . Kalau teringin rasa kuih muih mama beli RM 2 dari kedai Minah Bom - sebelah pasaraya Cowboy Cheng, Melaka.
Paling dinantikan 10 malam yang terakhir. Semoga dapat berkesempatan gandakan amal ibadat pada 10 malam tersebut dan mama berharap2 agar jangan bendera merah saat tu. Semoga bertemu dengan malam lailatulqadar. Tenang bulan ramadhan nih.. Kalau boleh tak nak rasanya ramadhan berlalu biarlah lama skit 3 bulan ke... tapi tak sama..bulan ramadhan dan bulan lain walaupun masa ganti puasa . aura lain.

Bagi mama bulan ramadhan ...yang kurang best bila tiba saat bendera merah.. rasa tak tenteram dijiwa bila tak boleh nak solat dan mengaji. Masa tuh mula terasa seronoknya kalau jadi lelaki dapat berpuasa sebulan dan solat banyak... jeles rasanya. Apapun Allah s.w.t Maha Mengetahui sebabnya.

Semoga ramadhan dan puasa kita lebih terisi untuk tambahkan ketaqwaan kita serta dapat perbaiki akhlak dan tindakan kerja kita. Semoga menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan bermanfaat kepada org2 disekeliling....amin

Wassalam

No comments:

Post a Comment